BIODATA HENRY ZACKERY - PENDIDIKAN

Pengenalan penulis dan pemilik blog, saya pun sebenarnya tak suka sangat nak cerita pasal diri sendiri kat dalam blog saya nie. Tetapi ada seseorang suruh saya berbuat demikian maka saya pun buatlah. Bukan apa, beliau juga seorang yang baik dengan saya jadi saya ikutlah kehendaknya kali nie. Lagipun dah bertahun-tahun blog nie wujud tapi saya tak perkenalkan diri saya. Macam ramai je yang nak baca kan ?

Pemilik gambar dibawah ( Saya ) memang nama dia Henry, nama penuh ? Nantilah masa akad nikah nanti Tok Kadi beritahu pakai microphone. Satu masjid boleh dengar. Saya dilahirkan di Hospital Besar Mentakab Pahang Darul Makmur. Sekarang hospital tu dah berpindah ke HOSHAS di Temerloh. Saya juga menetap di Temerloh Pahang. Umur saya 25 tahun pada 21 June 2014 yang bakal tiba nie.





Latar Belakang Pendidikan

Mungkin kalau dilihat pada gambar saya diatas, kelihatan tidak sesuai dengan latar pendidikan saya. Tapi itulah pepatah dan pepatih mengatakan jangan menilai seseorang pada sifat luarannya. Pendidikan saya dari kecil sehingga sekarang boleh dikatakan 99 % berkaitan dengan agama. Bukanlah saya nak beritahu saya nie bijak bab agama, cuma apa yang saya nak terangkan disini ialah sesiapa yang pernah berjumpa dengan saya secara berhadapan memang tidak akan menjangkakannya jika dilihat dari sudut penampilan saya.

- Tahun 1994

Saya bertadika di Taman Tadika Sagumpas Temerloh. Kalau sekarang nie mungkin tak wujud lagi, belakang syarikat jualan Perodua Temerloh. Saya pun tak berapa ingat ketika di tadika nie, apa yang saya tau makan - tadika - tidur.

- Tahun 1995 - 2001

Saya bersekolah di Sekolah Rendah Agama Al- Mukmin Temerloh Pahang. Belakang pasaraya Cowboy Temerloh, sekolah nie memang berdekatan paya. Bila musim hujan je sekolah banjir. Disinilah bermulanya saya mengenal huruf jawi dan bacaan Al- quran. Tak cukup dengan itu, saya juga semakin tertarik untuk mempelajari Al- Quran dengan mengambil Kelas Fardhu Ain di Pusat Pengajian Agama Kg. Batu Satu KAFA pada waktu petangnya pula. Saya juga berlumba-lumba dengan rakan-rakan lain untuk azan solat asar bila habis waktu kelas KAFA. Bila tiba bulan Ramadhan pula, saya dan rakan-rakan yang memenuhi saf belakang imam, orang tua pulak duduk belakang. Boleh dikatakan pada umur inilah saya sangat mencintai ilmu agama sehinggakan saya pernah terfikir untuk membeli satu papan hitam untuk mengajar keluarga saya pula dirumah.

Dan pada usia inilah pada suatu malam, saya bermimpi bertemu Nabi Muhammad S.A.W di sebuah bandar batu- bata seperti bandar Arab zaman dahulu. Saya berada di sebuah jalan yang menurun dan di kiri dan kanan saya semuanya rumah batu-bata seperti kota Arab zaman dahulu. Sedang saya terpinga-pinga dimanakah saya, tiba-tiba datang seseorang berjubah putih kearah saya sambil ditangan kanan dan kirinya memegang seekor kambing berwarna putih dan hitam.

Tiada sesiapa pun di situ melainkan hanya kami berdua. Baginda memperkenalkan dirinya bahawa baginda ialah Nabi Muhammad S.A.W, kemudian baginda membawa saya berjumpa dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Apa yang buat saya menangis setiap kali teringatkan mimpi ini ialah, Nabi Muhammad S.A.W memegang bahu saya dari belakang seperti hendak memeluk saya dan baginda berkata kepada Saidina Abu-Bakar As-Siddiq dalam keadaan sambil memeluk saya " Ini sahabatku " merujuk bahawa saya ialah sahabat baginda. Siapa yang tidak sebak jika Nabi Muhammad S.A.W mengatakan saya sahabat baginda kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Kemudian saya bersalaman dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Selepas itu saya tidak ingat apa-apa lagi, bila saya bangun dari tidur saya rasa pipi saya basah, rupanya saya sedang menangis dalam tidur. Waktu saya terjaga tu waktu nak masuk solat subuh, saya terus memanggil mak dan ayah saya yang kebetulan ada diruang tamu sedang menunggu solat subuh. Saya ceritakan semuanya kepada mak ayah saya, mereka terkejut dan bertanyakan pada ustaz yang berdekatan, jawapan ustaz itu ialah memang benar apa yang saya mimpikan itu sememangnya Nabi Muhammad S.A.W.

- Tahun 2002 - 2006

Saya bersekolah di Sekolah Menegah Agama Al-Khairiah. Disini bermulalah saya meminati sukan Badminton dimana saya menjadi juara di peringkat Zon 3. Dan disini jugalah saya bertemu cinta pertama saya, tetapi itulah orang cakap pergi sekolah belajar bukan bercinta. Hubungan kami akhirnya putus di tengah jalan.

- Tahun 2007

Saya mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia di Kuliah Sultan Abu Bakar di Pekan Pahang, bersebelahan dengan istana Sultan Pahang. Disini pula saya mula tertarik dengan kisah-kisah mistik di sekolah saya dan juga di sekitar bandar Pekan nie. Saya siap ada kumpulan sendiri untuk mencari hantu-hantu nie pada malam hari. Banyak jugalah pengalaman saya ketika itu antaranya ialah kerusi dan meja bergerak sendiri seperti ada orang sepak di dalam Dewan Peperiksaan dan juga kedengaran bunyi tapak kaki tetapi tidak kelihatan orangnya walaupun bunyi tapak kaki tu sudah pun berada disebelah saya.

- Tahun 2007 - 2009

Pada waktu yang sama mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia di Pekan Pahang, saya berulang-alik dari Pekan ke Kuantan menyambung pengajian saya dalam bidang Diploma In Business Studies. Kiranya pada waktu ini saya buat dua pengajianlah, satu Sijil Tinggi Agama Malaysia di Pekan dan satu lagi Diploma Business Studies di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah ( KIPSAS ) Kuantan Pahang. Tapi masa saya lebih banyak habis di KIPSAS dalam membuat Diploma nie. Di KIPSAS juga saya mengikuti kawan-kawan yang lain mencari perkara mistik-mistik nie. Bilik tingkat atas sekali yang dilarang oleh warden untuk sesiapa pun mendekatinya selamber je kami masuk. Masa tu kami buat macam program Seekers kat NTV7 tu, letak kamera di ruang tamu dan sukarelawan akan duduk didalam tanpa ditemani sesiapa pun. Tapi masa tu mungkin agak kecut perut jugak, maka diletakkan dua orang sukarelawan di dalam bilik tersebut bersama dengan kamera. Sukarelawan itu ialah saya dan Hasnal ( Nama Sebenar ) masa tu saya dan Hasnal dengar suara memanggil dengan sayup-mayup suara kawan saya tu " Hasnal ~ Hasnal ~... " keesokannya Hasnal demam dan tidak mengikuti kelas pengajiannya kalau tak silap saya 3 hari.

Tahun 2010

Saya mengambil Sijil Basic Safety Training dan Sijil Tanker Familiarization di Manjung Perak bersama-sama dengan Kapten Tentera Laut Diraja Malaysia Perak. Masa dalam kelas biasa je, bila latihan di air habis la kami semua kena belasah dengan latihan berat yang disajikan. Sampai nak tidur pun kaki jadi kejang dan tak lena tidur sebab badan sakit-sakit sebab latihan yang sangat berat.

Itulah serba sedikit tentang saya dan latar pendidikan saya, ada jugak terfikir nak sambung degree tapi biarlah dulu. Mungkin lepas kawen nanti kot. InsyAllah <3



Blog Henry Zackery a.k.a Rizal. Powered by Blogger.