BIODATA HENRY ZACKERY - KISAH SERAM HOTEL

Saya merupakan seorang Front Office di sebuah hotel di Temerloh pada tahun 2014, sudah menjadi kebiasaan saya berhadapan dengan berbagai jenis guest hotel yang datang. Kerana di bahagian Front Office merupakan department yang menggerakkan keseluruhan hotel. Ada guest yang senang di layan, ada juga yang sangat susah dilayan sehingga membuatkan department Front Office menjadi kucar-kacir.


Nak dijadikan cerita, pada suatu hari saya masuk bekerja shift petang. Ketika jam menunjukkan hampir senja, ada seorang guest call daripada bilik menyatakan siaran astro biliknya rosak. Saya terpaksa naik ke tingkat 8 untuk restart astro keseluruhan hotel. Nak panggil housekeeping mereka semua sudah balik. Bilik astro di tingkat 8 betul-betul berhadapan dengan lift. Sampai je tingkat 8 saya masuk ke bilik astro untuk restart siaran astro keseluruhan hotel. Ketika saya sedang restart astro, saya perasan lift tadi mula bergerak turun kemudian bergerak naik semula. Yelah saya boleh dengar pergerakan lift tu sebab dekat dengan bilik astro.

Tiba-tiba lift bergerak ke tingkat 8 kemudian " TING!! " bunyi lift menandakan lift sudah sampai ke tingkat 8. Apabila lift terbuka, saya menoleh kebelakang untuk melihat siapa yang naik tingkat 8 sedangkan tingkat 8 memang tiada bilik untuk disewa hanya ada bilik astro dan dewan kosong sahaja. Saya tengok tiada orang yang keluar daripada lift, hanya pintu lift sahaja yang terbuka.

Saya pada mula tidak memikirkan tentang hantu, saya siap je restart astro dalam 15 minit saya pun turun semula ke ground floor selepas saya pastikan yang siaran astro disetiap bilik sudah dibaiki. Memang ada rasa meremang bulu roma tapi saya buat tak tahu je sebab saya tak nampak lagi benda tu. Sampai je di lobby saya masuk ke tempat kerja saya di kaunter Front Office, tiba-tiba kawan saya di kaunter menegur saya " eh Ery, kenapa dengan tangan awak tu ? Teruknya !! ".

Saya tak faham apa maksud kawan saya sehinggalah saya melihat sendiri tangan saya. Nak tau tangan saya kena apa ? Tengok gambar dibawah, gambar dibawah merupakan gambar SEBENAR bukan edit.


Tangan saya ada kesan cakaran 3 baris yang panjang, gambar ini diambil selepas sehari kejadian. Cakaran ini lebih jelas ketika hari pertama, dari jauh dah boleh nampak dah. Saya memang pelik sebab kesan cakaran ini seperti dicakar sesuatu yang berkuku sangat panjang. Saya tak rasa sakit pun sepanjang kesan cakaran ini ada ditangan saya.

Apabila saya bertemu dengan seorang pengamal perubatan islam, beliau berkata ketika saya masuk bilik astro benda tu memang sudah ada tinggal disitu dan benda tu ingin berkenalan dengan saya. Ini merupakan salam pengenalan daripadanya. Kisah ini terjadi kira-kira pada bulan April atau May tahun 2015.
Blog Henry Zackery a.k.a Rizal. Powered by Blogger.